Peluang Ke 2 - Kes Cikgu Azizan.
Everybody deserves a second chance.
1. Cikgu Azizan.
Peluang kedua supaya dia boleh terus berbakti kepada anak bangsa. Membina manusia yang berakal dan beradab. Peluang kedua supaya kasih sayang, amarah atau geramnya selepas ini tidak melangkaui SOP (Standard Operating Procedure) walaupun dalam jiwanya berkobar-kobar mahu mendidik dan membentuk akhlak anak didik yang melakukan kesalahan. Peluang kedua supaya dia tidak kehilangan jawatan dan sumber pendapatan. Peluang kedua supaya tindakannya selepas ini tepat bahkan bermanfaat.
2. Ibu bapa murid itu.
Peluang kedua supaya mereka boleh merenung dalam diri, menghisab kelemahan dan kekhilafan dalam membesarkan anak. Peluang kedua supaya mereka boleh memperbetul anak dan membina semula pasak rumahtangga dengan acuan agama. Peluang kedua supaya mereka menilai keberkatan sumber rezeki bagi mengembalikan mawaddah wa rohmah dalam keluarga.
3. Murid itu.
Usia 11 tahun bukan sahaja sangat muda. Tapi pada umur begini kebanyakannya pasti membuak-buak dengan sifat ingin tahu dan mencuba benda baru. Peluang kedua perlu diberi supaya dia tidak terus hanyut jauh, sebaliknya kembali menjadi kanak-kanak yang menikmati zaman kanak-kanaknya dengan cara yang betul dan terarah. Mereka terlalu rapuh dan mudah dipengaruh. Ibu bapalah guru mereka di rumah dan gurulah ibu bapa mereka di sekolah.
4. Kita semua.
Peluang kedua supaya kita tidak menambah minyak di api yang marak atau mengeruhkan air yang sememangnya sudah kotor berkeladak. Jari jemari kita di media sosial boleh sahaja membina semula generasi hari ini yang semakin roboh. Atau kita boleh pilih untuk saling menuding jari dan membiarkan generasi pelapis kita punah ranah. Pilihan kita.
Sesungguhnya.
Semua orang layak mendapat peluang kedua. Tuhan sendiri Maha Pengampun dan Maha Memberi Petunjuk. Kenapa begitu cepat kita sebagai manusia menghakimi dan menjatuhkan hukum?
Nabi tidak pernah berputus asa membentuk akhlak manusia termasuklah yang bengis dan kejam sekalipun. Kenapa pada insan kecil berusia 11 tahun, kita menzahirkan sesal keterlaluan dan putus harapan? Seolah-olah kita yang pegang kunci pintu taubat dan telahpun kita kunci rapat.
Kita gagal mengambil ibrah.
Akhir zaman sememangnya zaman fitnah. Fitnah kepada mereka yang berada di jalan benar. Juga fitnah kepada mereka yang berada di jalan salah dan ingin berubah.
Tukang fitnah?
KITA.

Post a Comment